Wednesday, November 4, 2020

Ternak Rusa

 

RUSA (Cervus Timorensis) merupakan sejenis haiwan dari Keluarga Cervidae yang dilindungi  di Malaysia dibawah undang-undang perlindungan haiwan terancam. Aktiviti penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa antara perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa).

Terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya yang hidup di seluroh dunia dan kawasan Asia Tenggara secara semulajadi semenjak dulu. Haiwan rusa merupakan sejenis haiwan eksotik yang diburu semenjak dahulu sehingga ianya akan pupus jika tidak dilindungi oleh kerajaan. Permintaan daging, tanduk, kulit dan sebagainya dipasaran antarabangsa adalah sangat baik kerana daging rusa mengandungi kolesterol rendah dan tujuan perubatan. Laporan menunjukkan antara beberapa jenis rusa adalah seperti Rusa sika (Cervus nippon), Rusa Sambar (Cervus unicolor), Rusa Merah - red deer (Cervus elapus), Rusa Wapiti atau Elk, Rusa Fallow Deer (Dama-Dama), Rusa Chital (AxIs-Axis), dan Rusa Timor atau exotic (Cervus timorensis). Kajian menunjukkan terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. iaitu :-

1) Rusa Timor (Exotic) :

Rusa Timor (Cervus timorensis) merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis.

2) Rusa Sambar :

Rusa Sambar (Cervus unicolor) merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar.

3) Rusa Axis-Axis :

Rusa Axis-Axis (Cervus axis-axis) merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan atau bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Pada masa ini diianggarkan harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3,000.00 seekor keatas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis di dalam negara. Selain itu juga didapati jenis rusa axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis Cervus timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu dalam zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung kepada zoo dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara bukan untuk aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial bagi pengeluaran dagingnya.

Tujuan pemiliharaan rusa di Malaysia adalah kerana untuk rekreasi dan kegemaran, sebagai tindakan mencegah kepupusan rusa, untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi,  sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya, sebagai makanan enak, sebagai Perhiasan dan sebagainya. Dari segi keperluan infrastruktur ladang rusa sangat gemar dengan kawasan yang sunyi dengan yang lapang dengan persekitaran berhampiran dengan hutan  dan mempunyai kawasan berteduh. Perlu disediakan kawasan rumput untuk ragutan yang menghijau dan perlu dipagar agar tidak lari daripada kawasan ternakan. Perlu disediakan juga kawasan lembah berair yang ada sungai agar rusa dapat berkubang dikawasan tersebut. 

Kawasan ternakan rusa perlu dipagar setinggi boleh sekurang-kurangnya 8 kaki ( sekurang-kurangnya 2 meter) dengan bahagian bawah dikonkrit serta bahagian atas dipasang kawat duri  untuk mengelakan ianya melompat keluar apabila rusa terkejut atu ketakutan akibat didatangi oleh manusia yang tidak dikenali atau gangguan lain. Sebaiknya elakan menanam rumput 4 kaki dari tepi pagar kerana rumput akan mati akibat aktiviti rusa yang suka berkumpul dan bergesel dikawasan tepi pagar. Rusa tidak berapa suka duduk dalam padok diwaktu sianghari dan sentiasa aktif bergerak disekeliling ladang ternakan. Sediakan pokok0pokok teduhan yang sesuai dikawasan ternakan untuk rusa berteduh dan daunnya akan dijadikan makanan. Kalau hendak menanam pokok baru pastikan batangnya dibalut dan pokok tinggi mengelakan dirosakkan oleh rusa. 

Rusa suka makan rumput hijau dan dedaun segar dikawasan ladang atau diberikan kedalam kawasan ternakan. Rusa juga makan dedak makanan haiwan, roti kering, ada yang bagi maggi kering, biskut dan sebagainya. Sediakan tong minuman air yang bersih dikawasan padok atau ujudkan kolam tau anak sungai kecil untuk bekalan air. Kapasiti stok untuk rusa sebaiknya sekitar 10 ekor bagi satu ekar uang mempunyai rumput hijau untuk ragutan. Kadar stok ini boleh diubah suai mengikut sisitem penternakan sama ada intensif atau separa intensif. Makanan tambahan dedak seperti 'Cattle Pallet' sesuai untuk dijadikan makanan rusa. Pondok teduhan untuk takung makanan perlu disediakan bagi ruma berteduh sambil makan dedak. Sebaiknya ada kolam  mandi dikawasan ladang kerana rusa perlu mandi dan berkubang untuk menyejukkan badannya dan sememangnya ia satu cara semulajadi rusa berkubang. Pondok kawalan atau pimtu masuk juga perlu dibina dengan kukuh agar keselamatan ternakan rusa yang bernilai ini dapat dijaga dengan baik.

Kepada mereka yang berminat untuk menternak rusa perlukan satu kawasan yang sesuai untuk ternakan rusa seperti lokasi dijelaskan diatas. Paling penting adalah minat, modal dan kemampuan untuk mengurus ternakan rusa yang pada habitat semulajadinya adalah liar. Pasaran daging rusa ada khusus )niche market' dan tidak boleh bersaing dengan daging lembu yang diimpot dari India. Ramai rakyat jelata tidak dapat membezakan daging rusa dengan daging lembu impot jika mereka tidak pakar dalam bidang ini. 


Ternak Rusa Memang Berbaloi

 "BERMULA hanya sebagai hobi, saya tidak sangka kini ia menjadi sebuah perniagaan. Benarlah, rezeki tidak pernah salah alamat jika kita berusaha," jelas usahawan agro ini.

Ternyata sepanjang sesi temu bual dengan Mazlan Jaafar, 53, memberi inspirasi bahawa aktiviti penternakan sebenarnya boleh dijadikan cabang perniagaan yang amat berbaloi.

Pada 2012, usahawan ini membeli 10 ekor rusa baka Timorensis di Johor, kini daripada ia berkembang kepada lebih 70 ekor dan beliau pula menjadi penjual baka rusa di sekitar Kedah.

Bijak mengatur langkah dalam perniagaan yang berasaskan daging rusa, pada Februari 2018, Mazlan membuka pula sebuah restoran berhampiran ladang rusa miliknya yang dikenali sebagai Batas Ubi Deer Farm di Yan, Kedah.

Mazlan berkata, pembukaan restoran itu adalah bagi meningkatkan pendapatan daripada hasil ternakan kerana nisbah keuntungan sekiranya hanya bergantung kepada penjualan daging mentah tidak begitu tinggi meskipun harga jualan sekilogram daging rusa mampu mencecah RM90 di pasaran.

"Harga daging rusa sememangnya tinggi, tetapi kapasiti untuk kita memenuhi pasaran penjualan dagingnya belum cukup walaupun rusa ini adalah jenis haiwan ternakan yang mudah membiak.

"Setiap tahun boleh dikatakan semua rusa betina saya bunting dan kadar kematian anak rusa juga agak rendah, tetapi jumlah rusa yang ada di ladang saya masih tidak mencukupi sekiranya hanya tertumpu untuk perniagaan daging mentah," katanya.

Ketika ini, Mazlan memiliki tiga ekor rusa baka jantan, 38 induk betina, seekor anak rusa jantan dan mempunyai 32 anak rusa yang baru dilahirkan.

Mazlan berkata, menternak rusa bukan sesuatu yang sukar kerana haiwan itu tidak perlu mempunyai penjagaan yang rapi. Cukup hanya memberi makan dua kali sehari.

Katanya, kos bagi menternak rusa juga tidak terlalu tinggi kerana kos penyediaan makanan yang terdiri daripada campuran jagung dan hampas soya hanya sekitar RM3,000 sebulan.

"Selain itu, sepanjang pengalaman saya, haiwan ini sukar mendapat penyakit. Boleh dikatakan rusa ini dalam kategori haiwan ternakan yang lasak dan mudah dijaga.

"Perkara paling penting ialah kita perlu tahu mengenai makanan yang diberikan kepadanya supaya daging sentiasa sedap walaupun dimasak dengan pelbagai cara," katanya.

Menceritakan mengenai pengalaman kali pertama memiliki haiwan ternakan itu, Mazlan berkata, beliau hanya menggunakan tanah seluas 1,000 kaki persegi yang dijadikan kandang berbanding kini yang luas tanah diperlukan sekitar 0.8 hektar memandangkan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun.

Katanya, baka rusa juga mendapat permintaan tinggi dan ia biasanya boleh dijual pada harga mencecah RM5,000 seekor bergantung kepada saiz, umur dan jantina. Kebiasaannya, rusa jantan lebih mahal berbanding rusa betina.

Ketika mengunjungi ladang rusa berkenaan, penulis melihat Mazlan juga menjadikan ladang rusa miliknya sebagai destinasi tarikan ekopelancongan kerana pengunjung yang datang untuk menjamu daging rusa turut dapat 'bermesra' dengan haiwan berkenaan.

Beliau berkata, restoran miliknya dibuka hanya setiap Jumaat dan Sabtu dan hari lain ia dibuka sekiranya mendapat tempahan secara berkumpulan.

"Daging rusa yang disembelih segar daripada ladang dihidangkan dalam konsep makanan Barat yang disediakan oleh cef kami sendiri. Malah, ramuan seperti sos yang disediakan untuk daging rusa panggang juga adalah ramuan daripada dapur kami sendiri.

"Setakat ini, boleh dikatakan setiap Jumaat dan Sabtu, restoran sentiasa penuh dan daging rusa yang disediakan kami mendapat pujian pelanggan kerana tidak liat serta tak berbau," katanya.

Memandangkan Mazlan dilihat sebagai usahawan agro yang berjaya dalam bidang penternakan, beliau juga sering mendapat jemputan daripada pelbagai pihak untuk berkongsi pengalaman dalam bidang berkenaan.

Katanya, perkara paling penting dalam penternakan ialah setiap usahawan perlu bijak mempelbagaikan cabang perniagaan hasil daripada ternakan itu sendiri seperti menjadikannya sebagai pakej pelancongan dan restoran yang diusahakannya ketika ini.

"Selain itu, kita juga perlu bijak melihat potensi, memandangkan pada asalnya saya hanya memiliki rusa yang dibeli pada harga RM3,000 seekor sekadar satu hobi dan apabila melihat ia mampu melahirkan anak, kita sudah tahu untuk mengambil peluangnya," katanya.

Tuesday, June 16, 2020

Rusa Sambar


Rusa Sambar merupakan salah satu haiwan mamalia yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Cervus unicolor.

Terdapat 6 sub-spesis yang berbeza dari segi saiz dan warna. Bulunya parau dan panjang. Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang biasanya ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang 1 meter (3.3 kaki). Panjang dari kepala ke hujung badan adalah dari 1.7-2.7 meter (5.7-9 kaki); beratnya 150-315 kilogram (340-710 paun).

Makanan utama Rusa Sambar adalah rumput, pokok renek, daun, dan buah-buahan pokok hutan. Rusa Sambar sukar ditemui walaupun di tempat ia berkeliaran. Rusa Sambar akan terus melarikan diri apabila terdengar apa-apa bunyi sahaja. Jika diserang oleh harimau, harimau bintang atau anjing liar, Rusa Sambar akan terus terjun ke sungai dan berenang melarikan diri.

Rusa Sambar hidup bersendirian kecuali di musim mengawan. Pada musim mengawan, rusa jantan akan mengumpul sekumpulan rusa betina jagaannya dan mempertahankan kumpulannya dari sebarang lawan (rusa jantan lain). Di tengah dan Selatan India, rusa betina melahirkan anak pada bulan Mei dan awal bulan Jun tetapi pembiakan boleh berlaku pada bulan lain di kawasan India yang lain. Selepas 8 bulan bunting, satu (jarang dua) anak rusa akan dilahirkan dan disusu selama beberapa bulan.

Rusa Sambar terdapat di India, Indonesia, Malaysia, Asia Tenggara. Rusa Sambar tinggal di hutan Tropika Panas dan Hutan Sub-tropika, sehingga ketinggian 10,000 kaki.